Cari:
19 Maut dalam Letupan di Manchester
2017-05-23 15:14:10 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan kira-kira 50 lagi cedera dalam letupan yang berlaku di lokasi konsert di Manchester Arena, Britain malam semalam.

Manchester Arena ialah stadium tertutup di utara bandar Manchester.

Letupan berlaku di stadium itu ketika penyanyi Amerika Syarikat (AS), Ariana Grande mengadakan persembahan. Penyanyi itu dilaporkan selamat.

Rakaman video menunjukkan keadaan bertukar kecoh di Manchester Arena apabila ribuan penonton lari bertempiaran selepas mendengar bunyi letupan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

1  2  3  
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China