Provinsi Shaanxi, Gansu serta wilayah Ningxia dan Mongolia Dalam menandatangani perjanjian rangka kerjasama bagi mewujudkan zon mesra pelancong di kawasan aliran Sungai Kuning.
Empat provinsi dan wilayah yang berletak di kawasan aliran Sungai Kuning itu mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan sekiranya dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dari segi kedudukan geografi, pengangkutan dan sumber pelancongan.
Zon pelancongan mesra pengunjung yang digariskan dalam perjanjian tersebut menyasarkan untuk menawarkan program pelancongan yang berprestij dan berkos rendah kepada para pelancong, di samping meneroka pasaran produk pelancongan yang bercirikan kebudayaan tempatan.