Cari:
Adhanom, Ketua Pengarah Baharu WHO
2017-05-24 14:39:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Dr. Tedros Adhanom, 52, dari Ethiopia dipilih sebagai Ketua Pengarah baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-70 yang diadakan pada 23 Mei lalu.

Ini merupakan kali pertama WHO melantik ketua pengarah yang berasal dari Afrika sejak ia ditubuhkan pada 1948.

Adhanom dalam majlis pelantikan berjanji akan berusaha untuk membina perkongsian kerjasama dan mekanisme kerja yang efisien, selain memfokuskan golongan yang mudah terjejas serta wilayah yang kurang maju di seluruh dunia.

Adhanom akan menyandang jawatan itu secara rasmi pada 1 Julai depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China