Cari:
China, Jerman Terus Perkasa Kerjasama Pragmatik
2017-05-25 14:41:03 CRI Cetak

Hubungan China-Jerman yang sihat dan stabil amat bermakna bagi kedua-dua negara, malah seluruh Eropah dan dunia.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika bertemu dengan Timbalan Canselor Jerman, Sigmar Gabriel, yang berada di Beijing untuk menghadiri mesyuarat pertama mekanisme dialog pertukaran sosiobudaya peringkat tinggi China-Jerman semalam.

Li menyatakan, beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Jerman atas undangan Canselor Angela Merkel tidak lama lagi. Lawatan ini diharap dapat meningkatkan kesalingpercayaan politik antara kedua-dua pihak, di samping meneroka potensi kerjasama yang saling menguntungkan dan mengeratkan pertukaran sosiobudaya.

Teges beliau, China bersedia bersama-sama Jerman menangani perselisihan pendapat dengan baik serta memperkasakan hubungan dua hala dan kerjasama pragmatik demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Gabriel pula menyatakan, kejayaan mesyuarat tersebut turut membuka lembaran baharu kerjasama bilateral. Jerman menanti-nantikan lawatan PM Li, dan bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang, sekali gus mendorong hubungan kedua-dua negara meningkat ke satu tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China