Cari:
OPEC Enggan Kurangkan Lagi Pengeluaran Petroleum
2017-05-26 11:22:43 CRI Cetak

Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum(OPEC) dan negara pengeluar petroleum bukan OPEC memutuskan menangguhkan pelaksanaan perjanjian mengurangkan pengeluaran petroleum ke satu tarikh lagi 9 bulan nanti.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di Geneva semalam.

Dengan itu, pelbagai negara yang terlibat akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula 1, April tahun 2018.

Keputusan itu dianggap mengecewakan pasaran yang menjangka tindakan mengurangkan pengeluaran minyak yang berskop besar akan diambil sebelum ini .

Khalid al-Falih, Setiausaha Petroleum Arab Saudi, iaitu negara pengeluar minyak terbesar dalam OPEC, ketika berucap dalam mesyuarat itu berkata, mengekalkan pengurangan pengeluaran minyak yang dilaksanakan sekarang ini dianggap berfaedah bagi menjamin keseimbangan pasaran, walaupun sesetengah negara pengeluar petroleum memegang sikap fleksibel terhadap tindakan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China