Cari:
China Bantah Kapal Pembinasa AS Serbu Perairan Laut Selatan
2017-05-26 11:23:20 CRI Cetak

China membantah keras pelayaran kapal pembinasa DDG-105 milik AS yang dilengkapi peluru berpandu di kawasan perairan Terumbu Meiji dan Terumbu Ren'ai, Laut China Selatan, yang dilakukan dengan alasan apa yang disebut menjamin pelayaran bebas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam berkata, kapal perang AS itu menyerbu perairan berhampiran Kepulauan Nansha milik China tanpa mendapat keizinan kerajaan negara ini. Tentera Laut China telah memberikan amaran dan bertindak menghalau kapal perang AS itu mengikut undang-undang.Tindakan AS itu dianggap menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China, dan mudah mencetuskan peristiwa yang berlaku di luar dugaan.

Kata jurucakap itu, China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya. China menghormati dan memelihara kebebasan pelbagai negara dalam pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan mengikut Undang-undang Antarabangsa, tetapi menentang sebarang negara menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China berdasarkan alasan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China