Cari:
DPRK Kecam Jepun Nafi Jenayah "Hamba Seks"
2017-05-28 15:25:36 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam mengecam Jepun menafikan jenayah tenteranya yang memaksa wanita Korea menjadi "hamba seks" semasa Perang Dunia II (WWII).

Pihak DPRK berkata, Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Penyeksaan dalam laporan baru-baru ini mendesak Jepun dan Korea Selatan mengkaji semula perjanjian mengenai isu hamba seks yang dicapai kedua-dua negara pada 2015 kerana perjanjian itu tidak mencukupi bagi memulihkan maruah wanita yang menjadi mangsa perhambaan seks ketika WWII.

Jepun dilaporkan menentang keras laporan tersebut dengan menegaskan perjanjian berkenaan adalah "muktamad dan tidak boleh diubah".

Pihak DPRK mengkritik tindakan Jepun itu sebagai perbuatan yang mengejikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China