Cari:
Masyarakat Cina Main Peranan Positif dalam B&R
2017-05-28 15:30:44 CRI Cetak

Perantau China dan orang Cina di seberang laut memainkan peranan yang istimewa dalam menjayakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Perantau China Seberang Laut, Dewan Negara China, Qiu Yuanping baru-baru ini.

Menurut beliau, pembangunan B&R menyasarkan pembangunan bersama pelbagai negara, dan bakal menggalakkan pengintegrasian China dalam dunia.

Ramai perantau China dan orang Cina di seberang laut telah menyatakan kesediaan mereka untuk memanfatkan sumber dan kelebihan sendiri untuk menerajui inisiatif B&R.

Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Pengerusi Majlis Kebudayaan Thailand-China, Phinij Jarusombat merupakan keturunan Cina generasi keempat di Thailand.

Kata beliau, China dan negara-negara ASEAN telah menjalinkan hubungan yang rapat di kalangan rakyat dan juga dalam bidang kebudayaan serta perdagangan sejak zaman dahulu. Inisiatif B&R kini diterima oleh semakin banyak negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China