Cari:
Britain Turunkan Paras Ancaman Pengganas
2017-05-28 15:36:41 CRI Cetak

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan paras ancaman pengganas di negara itu diturunkan kepada tahap "serius" daripada "kritikal", iaitu tahap paling tinggi sebelum ini.

Theresa May mengumumkan keputusan itu selepas mesyuarat kabinet mengenai usaha menangani krisis diadakan semalam.

Kata beliau, operasi polis dalam tempoh 24 jam lalu telah berjaya menurunkan paras ancaman pengganas di seluurh negara. Anggota polis dan tentera yang ditugaskan untuk menjamin keselamatan di jalan raya akan diundurkan secara beransur-ansur mulai minggu depan.

Walau bagaimanapun, beliau tetap menyeru penduduk awam terus berwaspada.

Sehari selepas berlakunya serangan bom di Stadium Manchester pada 22 Mei lalu, Britain telah meningkatkan paras ancaman pengganas kepada tahap paling tinggi.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China