Cari:
China Rancang Import Perkhidmatan Lebih USD2.2 Trilion
2017-05-29 13:37:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pelaburan China dalam sektor perkhidmatan di negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah melebihi USD30 bilion (RM128 bilion) sejak inisiatif tersebut dikemukakan dan mulai dilaksanakan pada tahun 2013.

China dijangka akan mengimport perkhidmatan dari seluruh dunia yang bernilai lebih USD2.2 trilion (RM9.38 trilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Naib Menteri Perdagangan China, Fang Aiqing memaklumkan demikian di Beijing pada 28 Mei lalu.

Difahamkan, pasaran China telah menerima kemasukan hampir satu persepuluh eksport perkhidmatan global pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China