Cari:
Korea Selatan Juara Piala Sudirman
2017-05-29 14:39:06 CRI Cetak

Dalam pertandingan akhir Piala Sudirman ke-15 yang diadakan di Gold Coast, Australia semalam, China telah ditewaskan oleh Korea Selatan dengan mata 2-3 selepas berhempas-pulas selama lima jam, sekali gus gagal merangkul kejuaraan dalam acara badminton kumpulan campuran untuk tujuh kali berturut-turut.

Manakala, Korea Selatan yang pernah dinobatkan pada tahun 2003, muncul sebagai juara sekali lagi.

Dalam sejarah Piala Sudirman, China telah bertemu dengan Korea Selatan sebanyak 15 kali, dengan empat kali daripadanya adalah di pertandingan akhir. China menang tiga kali dengan mata 3-0, namun ditumbangkan pada tahun 2003 dengan mata 1-3.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China