Canselor Jerman, Angela Merkel semalam menggesa pelbagai negara anggota Kesatuan Eropah (EU) agar meningkatkan perpaduan untuk menghadapi perbezaan dasar dengan Amerika Syarikat (AS) serta krisis-krisis lain seperti Britain keluar daripada EU.
Menurut beliau, warga Eropah perlu berjuang untuk menentukan nasib sendiri.
Eropah perlu mengekalkan persahabatan dengan AS serta memelihara hubungan kejiranan yang baik dengan Rusia dan negara-negara terbabit.
Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) yang diadakan di Itali kelmarin telah mencapai konsensus tentang keselamatan, antikeganasan serta kebebasan perdagangan, namun gagal mencapai persepakatan dalam isu perubahan iklim.
Tindakan Presiden AS, Donald Trump mempertahankan dasar "AS diutamakan" telah mengakibatkan perselisihan antara EU dengan AS.