Cari:
Perancis, Rusia Tingkatkan Kerjasama Anti-keganasan
2017-05-30 14:30:14 CRI Cetak

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin dalam sidang media sesudah rundingan di Istana Versailles semalam menyatakan, kedua-dua pihak bersedia memperkasakan kerjasama dalam bidang anti-keganasan.

Menurut Macron, tiada isu antarabangsa yang penting dapat diselesaikan tanpa penyertaan Rusia. Pihaknya berharap memperkasakan kerjasama dengan Rusia dalam bidang anti-keganasan. Beliau turut berharap Rusia, Perancis, Jerman dan Ukraine mengadakan pertukaran dan muafakat bagi menyelesaikan konflik di timur Ukraine selangkah demi selangkah.

Putin pula berkata, kepentingan utama milik Rusia dan Perancis lebih banyak berbanding dengan percanggahan. Sekiranya berganding bahu melakukan kerjasama, masyarakat antarabangsa pasti akan mengalahkan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China