Han Yu, 34, orang buta yang tinggal di provinsi Sichuan, China, mula belajar bahasa Mandarin pada usia 15 tahun. Pada 1 Januari 2017, Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Sichuan dan Radio Sichuan bersama-sama menganjurkan satu program yang bertajuk "Jalan Bersama-sama" yang direka bentuk untuk golongan pendengar yang bermasalah penglihatan. Han Yu yang terpilih sebagai juruacara program itu, sudah biasa mengambil masa dua hari membuat persiapan untuk setiap siaran yang hanya berlangsung lima minit sahaja.