Cari:
Panda dianiaya di Amerika Syarikat?
2017-05-31 14:16:46 CRI Cetak

 

Baru-baru ini, video yang menggambarkan panda di Zoo Nasional Washington, Meixiang susah mencari makanan ketika berasa lapar pada malam dan kelihatan amat sedih kerana terpisah dengan anaknya Beibei, telah tersebar meluas melalui media sosial. Ramai peminat panda dan pertubuhan perlindungan haiwan di AS telah memarahi zoo yang memaksa Meixiang terpisah dengan anaknya supaya mengandung lagi pada umur yang cukup "tua". Bahkan ada orang secara sukarela memantau video dari zon tersebut 24 jam sehari untuk memastikan panda di sana selamat. Terdapat lebih 10 ribu orang menyeru supaya membawa balik Beibei ke rumah Meixiang. Berita tersebut menarik tumpuan masyarakat China. Untuk mengurangkan rasa bimbang orang ramai, Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda China mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa keadaan Meixiang dan Beibei pada masa ini adalah normal. Tak kira apa kewarganegaraan dan warna kulit, hati kita yang mencintai panda adalah sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China