Dalam pertandingan Liga Intan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) yang diadakan pada 28 Mei lalu di Eugene, Amerika Syarikat (AS), Su Bingtian memenangi nombor dua dalam acara lari 100 meter lelaki dengan 9.92 saat. Ini pula prestasi terbaik bagi Su Bingtian. Namun sayang sekali, dengan kelajuan angin yang tercatat 2.4 meter sesaat pada masa itu, iaitu sudah melebihi batas maksimum, hasil ini tidak boleh dicatat secara rasmi.
Pada 31 Mei tahun 2015, juga dalam pertandingan Liga Intan IAAF di Eugene, Su Bingtian dengan hasil 9.99 saat menjadi orang kulit kuning pertama yang mencipta rekod dalam 10 saat dalam acara lari 100 meter lelaki.