





Radio Teluk Beibu CRI telah mengundang wakil dari Konsul pelbagai negara ASEAN di bandar Nanning, China serta mahasiswa-mahasiswa dari negara-negara Asia Tenggara bersama-sama membuat ketupat untuk merayakan Pesta Perahu Naga. Orang China makan ketupat dan mengadakan perlumbaan perahu naga pada hari ini untuk memperingati patriot terkenal dalam sejarah China, Qu Yuan. Di beberapa negara Asia Tenggara juga ada adat resam membuat ketupat pada hari ini.