Cari:
Moon Jae-in Arah Siasat Kemasukan Pelancar THAAD Secara Rahsia
2017-05-31 14:37:38 CRI Cetak

Jabatan Presiden Republik Korea semalam menyatakan bahawa Presiden Moon Jae-in telah menuntut siasatan dijalankan berhubung dengan kemasukan empat pelancar sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) ke negara itu secara rahsia.

Berdasarkan laporan media, selain dua buah pelancar THAAD sedia ada, terdapat empat buah lagi pelancar THAAD yang dibawa masuk ke negara itu secara rahsia sebelum kempen pilihan raya diadakan. Walau bagaimanapun, laporan yang diserahkan oleh Kementerian Pertahanan pada 25 Mei lalu tidak pernah menyentuh penempatan empat pelancar tersebut.

Presiden Moon Jae-in berasa amat terkejut setelah menerima maklumat berkenaan. Beliau telah menelefon Menteri Pertahanan, Han Min-koo untuk memastikan keadaan itu, dan menuntut jabatan berkenaan melaksanakan siasatan secara menyeluruh, di samping menyatakan sebab mengapa perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada rakyat dan kerajaan serta masalah-masalah lain yang melibatkan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China