Cari:
China Keluarkan Kereta Api Bawah Tanah Kawasan Pergunungan
2017-05-31 15:04:54 CRI Cetak

Kereta api bawah tanah jenis As yang dikeluarkan oleh Syarikat Sifang CRRC untuk jajaran kereta api bawah tanah di bandar Chongqing sudah dihantar ke bandar tersebut. Ini merupakan kereta api bawah tanah yang pertama untuk kawasan pergunungan.

Dimaklumkan, kereta api bawah tanah jenis As itu mempunyai kemampuan mendaki gunung, membelok dengan pantas, selain kapasitinya yang besar. Kelajuan maksimum kereta api tersebut akan mencecah 100 kilometer sejam, manakala enam gerabak mampu memuatkan kira-kira 2,322 penumpang.

Penggunaan kereta api bawah tanah jenis ini akan membantu menurunkan kos pembinaan dan operasi infrastruktur di kawasan pergunungan, di samping meningkatkan keselamatan dan keberkesanan. Setelah reka bentuk dan kemudahan isyarat ditingkatkan, kereta api bawah tanah model baharu itu juga buat julung-julung kalinya dapat memulakan operasi di jajaran yang berbeza di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China