Cari:
AS Berjaya Uji Sistem Pemintasan ICBM
2017-05-31 16:05:21 CRI Cetak

Biro Pencegahan Peluru Berpandu Pentagon Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan bahawa AS telah berjaya dalam ujian pertama sistem pemintasan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Menurut kenyataan biro tersebut, tentera AS telah melancarkan ICBM tiruan dari Atol Kwajalein Kepulauan Marshell. Setelah menganalisis semua data daripada pelbagai alat pemantau, sebuah peluru berpandu pemintas berjaya dilancarkan dari Pangkalan Udara Vandenberg di California. Peluru berpandu ini melepaskan alat pemintas di ruang angkasa dan berjaya memusnahkan ICBM tiruan.

Ketua Pengarah Biro Pencegahan Peluru Berpandu Pentagon, James Syring menyatakan bahawa kejayaan ini merupakan pencapaian luar biasa, selain membuktikan kemampuan negara itu untuk menghadapi ancaman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China