Cari:
Korea Selatan, Jepun Bincang Isu Nuklear Semenanjung Korea
2017-05-31 14:19:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah bertukar-tukar pendapat mengenai isu nuklear di Semenanjung Korea dalam perbincangan dua hala melalui telefon pada 30 Mei lalu.

Abe berkata, Repulik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) kerap kali melancarkan ujian peluru berpandu di semenanjung berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tindakan DPRK itu tidak dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Namun, dialog enam pihak berhubung dengan isu nuklear Semenanjung Korea tidak sesuai dimulakan semula pada ketika ini kerana dibimbangi dialog tersebut akan digunakan oleh DPRK.

Moon Jae-in juga berpendapat, masa untuk memulihkan semula dialog enam pihak masih belum tiba.

Sebaliknya, sekatan dan tekanan ke atas DPRK perlu ditingkatkan.

Tegas beliau, pelaksanaan sekatan dan tekanan berkenaan bertujuan untuk menggesa negara itu kembali ke meja rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China