Cari:
China, Jepun Berazam Jernihkan Semula Hubungan Bilateral
2017-05-31 14:36:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menangani sewajarnya isu-isu sensitif antara China dengan Jepun merupakan perkara paling penting dalam usaha mengekalkan asas politik dan mewujudkan kestabilan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.

Jepun perlu bersikap jujur dan mengotakan janji untuk menyelesaikan isu sejarah dan isu Taiwan dengan sebaik-baiknya.

Kedua-dua negara diharap dapat bersama-sama mempertahankan keamanan dan kestabilan di kawasan perairan Laut China Timur.

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi menegaskan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jepun, Fumio Kisida di Tokyo pada 30 Mei lalu.

Fumio Kisida berkata, negaranya mahu meningkatkan pertukaran dan dialog dengan China, di samping berazam untuk meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik antara satu sama lain.

Tegas Yang Jiechi pula, masyarakat antarabangsa dicadangkan untuk terus menggalakkan pemulihan semula dialog damai bagi membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China