Cari:
82.6 Juta Pelancong Sempena Cuti Pesta Ketupat
2017-05-31 15:14:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah penerimaan kedatangan pelancong mencecah 82.6 juta orang sempena cuti Pesta Ketupat yang bermula dari 28 hingga 30 Mei lalu di pelbagai tempat seluruh China.

Pendapatan dalam sektor pelancongan dianggarkan mencatat RMB33.7 bilion (RM21 bilion).

Pekan pelancongan istimewa dan daerah rekreasi bandar dilaporkan paling menarik.

Selain itu, jumlah pelancong China ke luar negara dalam tempoh cuti Pesta Ketupat 2017, meningkat 7.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2016, dengan mencapai 27.1 juta orang.

Rusia, Thailand, Itali, Vietnam, Perancis, Malaysia dan Jerman antara destinasi-destinasi pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China