Cari:
Guterres Bersimpati dengan Sri Lanka dan Bangladesh
2017-05-31 13:53:21 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, melalui jurucakapnya semalam menyatakan rasa simpati kepada Sri Lanka dan Bangladesh yang dilanda malapetaka ekoran ribut taufan Mora serta menyatakan kesediaan PBB menghulurkan bantuan kepada kedua-dua negara itu.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, dalam sidang media ketika membaca kenyataan itu berkata, PBB bersedia untuk memberikan sokongan kepada operasi menyelamat yang diketuai oleh kerajaan kedua-dua negara itu.

Pada hari yang sama, Pertubuhan Imigresen Antarabangsa telah menghantar jawatankuasa penilaian ke beberapa lokasi yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka.

Pusat Kawalan Bencana Sri Lanka mengeluarkan kenyataan kelmarin bahawa bencana yang melanda Sri Lanka telah mengakibatkan 177 orang maut, manakala 109 lagi hilang.

Beribu-ribu keluarga dilaporkan menjadi mangsa dalam bencana alam kali ini.

Jabatan Meteorologi Bangladesh semalam berkata, ribut taufan Mora telah melanda negara itu.

Maka, kerajaan tempatan telah mengeluarkan arahan agar penduduk yang seramai hampir sejuta orang berpindah ke kawasan selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China