Cari:
Tapak Kilang Terbiar Diubah Menjadi Taman
2017-06-01 13:29:18 CRI Cetak

Tasik Nanhu di bandar Tangshan, tempat terbiar ekoran eksploitasi terhadap lombong Arang Batu Kailuan, menjadi semakin tenggelam selepas dilanda gempa bumi dahsyat yang berlaku pada tahun 1976. Serentak itu, sampah sarap perbandaran yang ditimbunkan di situ mengakibatkan alam sekitarnya sangat buruk.

Bagaimanapun, bermula tahun 1996, tadbir urus komprehensif terhadap kawasan tersebut dijalankan kerajaan bandar Tangshan. Melalui pengelolaan selama beberapa tahun, kawasan tersebut telah dibina menjadi sebuah taman ekologi yang mempunyai kawasan tasik seluas 11.5 kilometer persegi serta kawasan penghijauan seluas 16 kilometer persegi, malah mercu tanda bandar Tangshan yang berfungsi sebagai tempat rekreasi dan tapak peranginan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China