Cari:
FED Lapor Ekonomi AS Tumbuh Sederhana
2017-06-01 14:29:46 CRI Cetak

Rizab Persekutuan (FED) AS semalam mengeluarkan Laporan Kaji selidik Situasi Ekonomi Negara (Buku Kuning Air) yang melaporkan bahawa ekonomi negara itu terus tumbuh secara sederhana sejak awal bulan April hingga akhir bulan Mei.

Berdasarkan laporan tersebut, sektor kepenggunaan terus lemah di kebanyakan tempat, industri pembuatan dan pasaran hartanah kekal pada tahap sederhana, sektor sumber tenaga semakin pulih, kadar pengangguran dapat dikurangkan, bekalan tenaga kerja tidak mencukupi, gaji meningkat sederhana dan paras harga tidak meningkat secara ketara.

Kebanyakan syarikat bersikap optimistik terhadap masa depan jangka pendek. Walau bagaimanapun, sikap optimistik menyusut sedikit sebanyak di beberapa tempat.

FED mengemukakan Buku Kuning Air sebanyak lapan kali setahun sebagai rujukan mesyuarat dasar kewangan. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 13 hingga 14 Jun nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China