
Walaupun ditewaskan oleh AI AlphaGo, juara Go dunia dari China, Ke Jie tetap merupakan pemain manusia yang paling hebat. Dalam piala LG yang diadakan di Korea Selatan semalam, Ke Jie memenangi juara dunia dari negara itu, Won Seong-jin. Selepas itu, Ke Jie menyatakan melalui akaun Weibo bahawa bermain Go dengan manusia merupakan hal yang begitu mudah, seronok dan gembira. Beliau berasa sangat puas hati dapat terus bermain Go.
