Bekas juara lompat pagar 110 meter dunia, Liu Xiang sekali lagi mencabar acara tersebut dalam sebuah program TV Zhejiang baru-baru ini. Sejak bersara kerana kecederaan pada dua tahun yang lalu, ini kali pertama beliau menamatkan acara tersebut dan program ini telah mengharukan ramai penenton. Liu Xiang pernah menyertai 48 kali pertandingan dunia dan memenangi 36 juara dunia. Sayang sekali, beliau terpaksa menarik diri daripada pertandingan sempena Sukan Olimpik Beijing kerana kecederaan yang teruk.