Cari:
Aktiviti Hari Kanak-Kanak Sedunia Anjuran CSCLF di Beijing
2017-06-01 15:00:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Aktiviti sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang dianjurkan oleh Tabung Soong Ching Ling China (CSCLF) telah diadakan di Beijing semalam.

Duta Besar Singapura ke China, Loh Ka Leung yang menghadiri aktiviti tersebut, ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarabangsa China (CRI), menyatakan bahawa kanak-kanak merupakan masa depan kita dan pemimpin masa depan.

Kita harus menjaga dan membimbing kanak-kanak secara menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mereka terhadap keamanan serta kerjasama pelbagai negara di dunia.

Menurut beliau, pertukaran dalam kalangan kanak-kanak antara pelbagai negara amat penting dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R).

Inti pati bagi inisiatif B&R adalah semangat kerjasama Laluan Sutera.

Hubungan kerjasama yang baik harus dijalinkan dalam kalangan rakyat, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan pertubuhan masyarakat.

Seramai lebih 700 orang kanak-kanak dari 40 buah negara dan wilayah di dunia telah diundang untuk menyertai aktiviti kali ini.

Turut hadir, wakil-wakil serta anggota keluarga dari kedutaan besar, insititut dan pertubuhan antarabangsa negara asing di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China