Cari:
China, Jerman Naik Taraf Perkongsian Strategik Komprehensif
2017-06-01 15:06:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mahu melaksanakan penyelarasan strategik "Buatan China 2025" dengan revolusi "Industri 4.0" Jerman dengan lebih efisien, selain mengintensifkan kerjasama bilateral dalam sektor perkilangan, sumber tenaga, aeroangkasa, inovasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Perdana Menteri China, Li Keqiang yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Jerman berkata demikian dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Angela Merkel di Berlin pada petang 31 Mei lalu waktu tempatan.

Li berkata, China berharap Jerman dapat memberikan sokongan kepada China untuk memperoleh sijil perakuan layak terbang Kesatuan Eropah (EU) bagi pesawat C919 yang dihasilkan oleh China.

China juga menyokong Jerman menjayakan Sidang Kemuncak Kumpulan Negara 20 (G20) yang dijadualkan diadakan di Jerman pada tahun ini.

Tegas beliau, selaku rakan perkongsian strategik komprehensif, China sentiasa menyokong proses integrasi di benua Eropah.

Perpaduan, kemakmuran dan kestabilan benua tersebut diyakini mampu membantu menggalakkan proses pelbagai polarisasi dan globalisasi ekonomi di seluruh dunia.

Merkel berkata, negaranya akan memperkasakan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang perniagaan, pelaburan, kewangan, kenderaan tenaga alternatif serta rawatan dan perubatan.

Jerman turut menanti-nantikan hasil yang dapat dicapai dalam Pertemuan Pemimpin EU-China ke-19.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China