Cari:
China, Jepun Berazam Galakkan Hubungan Bilateral Terus Berkembang
2017-06-01 15:08:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hubungan China dan Jepun yang kembali jernih bukan sahaja akan membawa manfaat kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, bahkan kedamaian dan kestabilan serantau.

China mementingkan hubungan dua hala dengan Jepun dan berharap konsensus politik selaku "rakan kerjasama" yang telah dicapai oleh kedua-dua negara dapat ditunjukkan dan dilaksanakan secara pragmatik dalam dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan Jepun.

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi yang mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 29 hingga 31 Mei menegaskan demikian dalam pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Tokyo pada 31 Mei lalu.

Abe berkata, negaranya menyambut baik hubungan Jepun dengan China yang kembali jernih dan terus berkembang maju bersempena dengan ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun ini.

Jepun mahu merapatkan ikatan persahabatan dalam kalangan rakyat antara kedua-dua negara, di samping menangani perselisihan pendapat dalam isu-isu berkaitan dengan sebaik-baiknya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China