Cari:
202 Maut Banjir dan Tanah Runtuh di Sri Lanka
2017-06-01 14:37:20 CRI Cetak

Pusat Kawalan Bencana Sri Lanka mengeluarkan kenyataan semalam, banjir dan tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat telah meragut 202 nyawa, 96 hilang, manakala 63 lagi cedera.

Operasi mencari dan menyelamat (SARS) sedang giat dijalankan.

Pegawai jabatan berkenaan berkata, walaupun jabatan meteorologi telah membuat ramalan yang tepat dan kerajaan juga telah mengeluarkan amaran kepada penduduk kawasan berkenaan, namun maklumat itu tidak dapat disampaikan kepada penduduk tempatan.

Hal tersebut menyebabkan persiapan untuk menghadapi bencana kali ini tidak berjalan dengan lancar.

Sejak 26 Mei lalu, angin kencang dan ribut taufan telah melanda 14 kawasan di timur dan selatan Sri Lanka sehingga negara itu telah mengalami bencana yang paling teruk sejak tahun 2003.

Pada ketika ini, ribu taufan Mora yang menyebabkan hujan lebat telah beredar dari Sri Lanka.

Sebaik-baik sahaja bencana itu melanda Sri Lanka, kerajaan China segera menghulurkan bantuan kecemasan dengan mengagihkan khemah dan selimut di kawasan bencana.

Konvoi kapal Tentera Laut China yang tiba di Sri Lanka semalam turut membawa makanan, ubat-ubatan dan bot getah untuk didermakan kepada Sri Lanka.

Selain itu, Kedutaan Besar China di Sri Lanka turut menyampaikan wang sumbangan Persatuan Palang Merah China kepada pihak Sri Lanka kelmarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China