Cari:
80 Maut Serangan Bom Kereta di Afghanistan
2017-06-01 14:43:02 CRI Cetak

Serangan bom kereta berani mati yang berlaku di Kabul, ibu negara Afghanistan pagi semalam, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 maut dan 350 lagi cedera.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 50 buah kereta musnah.

Setakat ini, masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Serangan tersebut berlaku pada pukul 8.25 waktu tempatan, pada ketika orang ramai sedang sibuk ke pejabat.

Lokasi serangan itu terletak di kawasan ke-10 Kabul, di mana terdapat banyak jabatan kerajaan, kedutaan besar negara asing dan agensi antarabangsa.

Menurut Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, serangan yang dilancarkan pada bulan Ramadan itu menunjukkan perbuatan 'pengecut'.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya semalam, mengutuk sekeras-sekerasnya serangan keganasan tersebut, di samping menegaskan peri penting meningkatkan serangan bagi membanteras amalan pengganas dan pelampau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China