Cari:
Pusat Sains Komprehensif Bakal Dibina di Beijing
2017-06-01 14:47:37 CRI Cetak

Rancangan bagi membina Pusat Sains Negara di daerah Huairou, bandar Beijing telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) dan Kementerian Sains dan Teknologi (MOST).

Pembangunan sains akan turut dilaksanakan secara sistematik dan pusat itu akan dibangunkan menjadi pusat sains komprehensif yang terkemuka di dunia.

Menurut rancangan itu, pusat sains tersebut akan menjalankan tugas dalam tujuh bidang, iaitu menggalakkan pembangunan sains dalam bidang utama secara sistematik, mendorong pembangunan infrastruktur sains dan teknologi, membangunkan platform penyelidikan campuran secara saintifik, menarik sumber tenaga profesional dari dalam dan luar negara, merancang dan menggalakkan pelan utama sains dan teknologi, menggalakkan inovasi dan pembaharuan dengan aktif serta merancang pembinaan makmal negara pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China