Cari:
Terdapat 112 Kumpulan Agama di Xinjiang
2017-06-02 13:59:21 CRI Cetak

Di Xinjiang terdapat 112 kumpulan agama pada ketika ini. Kerajaan membantu pelbagai kumpulan agama membaiki rumah ibadat dan menyokong peranan masing-masing. Demikian dinyatakan dalam Kertas Putih "Perkembangan dan Kemajuan Hak Asasi Manusia di Xinjiang" yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara semalam.

Kertas Putih tersebut menyatakan bahawa dasar kebebasan beragama telah dilaksanakan secara menyeluruh di Xinjiang, manakala aktiviti-aktiviti agama yang normal turut dilindungi oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, aktiviti agama yang ekstrem adalah dilarang, penyebaran fahaman ekstrem disekat, keganasan agama juga akan dibanteras.

Menurut kertas putih itu, setelah menerima pengaruh fahaman ekstrem dari luar negara, fahaman tersebut telah tersebar di Xinjiang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kumpulan ekstrem telah menyalahgunakan ajaran agama, menipu bahkan memaksa para penganut untuk menerima fahaman ekstrem itu, melancarkan serangan keganasan, mengancam keselamatan rakyat jelata termasuk tokoh-tokoh agama dan penganut lain.

Untuk menjamin kebebasan beragama di China, "Akta Antiekstrem Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang" telah dikuatkuasakan bagi meningkatkan tadbir urus dalam hal ehwal agama, mencegah dan membanteras fahaman ekstrem serta menyekat penyebaran fahaman ekstrem.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China