Cari:
AS Dikecam Tarik Diri daripada Perjanjian Paris
2017-06-02 14:34:06 CRI Cetak

Presiden AS, Donald Trump semalam mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menarik diri daripada Perjanjian Paris. Menurut beliau, perjanjian tersebut tidak membawa manfaat kepada AS. Pihaknya akan mengadakan rundingan semula bagi mencapai satu perjanjian yang adil bagi negara itu.

Pendirian Trump tersebut mendapat kecaman dari dalam dan luar negara. Mantan Presiden AS, Barack Obama semalam mengeluarkan kenyataan yang mengecam keputusan tersebut kerana keputusan tersebut menjadikan AS negara minoriti yang telah menolak masa depan. Datuk Bandar Pittsburgh, melalui akaun Twitternya, memaklumkan bahawa penduduk bandar itu akan terus mematuhi Perjanjian Paris bagi menghadapi perubahan iklim global.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres juga mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan AS menarik diri daripada Perjanjian Paris merupakan satu tindakan yang mengecewakan dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan memelihara keamanan bumi.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam juga berpendapat bahawa China bersedia untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak mengekalkan Perjanjian Paris, sekali gus mendorong rundingan selanjutnya serta pelaksanaan perjanjian tersebut. Menurut beliau, perubahan iklim merupakan cabaran global, dan tiada negara dapat keluar daripada masalah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China