Cari:
Li Keqiang Mulakan Lawatan ke Belgium
2017-06-02 11:55:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah memulakan lawatan rasmi ke Belgium pada 1 Jun lalu.

Beliau juga akan menghadiri Pertemuan Pemimpin China-Kesatuan Eropah (EU) ke-19 yang diadakan di negara itu.

Lawatan Li Keqiang ke Belgium kali ini dibuat atas undangan rakan sejawatnya dari Belgium, Charles Michel.

Dalam tempoh lawatan di Brussels, Li Keqiang dan Presiden Majlis Eropah (CE), Donald Tusk serta Pengerusi Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU), Jean-Claude Juncker akan bersama-sama mempengerusikan Pertemuan Pemimpin China-Kesatuan Eropah (EU) ke-19.

Selain itu, Li Keqiang juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Charles Michel, di samping mengadakan kunjungan hormat terhadap Raja Philippe.

Li Keqiang mengadakan lawatan rasminya ke Brussels selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Berlin sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China