Cari:
China, Jerman Mahu Intensifkan Kerjasama Bilateral
2017-06-02 12:06:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Jerman telah mencapai konsensus penting dalam usaha memelihara keamanan dan pelbagai polarisasi di seluruh dunia, di samping menyokong kemudahan dan liberalisasi perdagangan serta pelaburan sejagat.

Hal ini memberikan isyarat positif kepada seluruh dunia.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Berlin pada petang 1 Jun lalu.

Tegas Li Keqiang, China bersedia untuk memperkasakan kerjasama bilateral dengan Jerman dalam pelbagai bidang, dan bekerjasama dengan Jerman untuk menangani pelbagai cabaran demi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau dan seluruh dunia.

Steinmeier memuji hasil yang telah dicapai dalam lawatan rasmi Li Keqiang ke Berlin kali ini.

Menurut beliau, Jerman menyokong sistem perdagangan global yang bersifat terbuka dan mahu mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam sektor ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya.

Kedua-dua negara juga diharap dapat mengintensifkan kerjasama dua hala dalam hal ehwal Kumpulan Negara 20 (G20) bagi mendorong perkembangan hubungan rakan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China