Cari:
EU Diharap Junjung Prinsip WTO
2017-06-02 14:07:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kesatuan Eropah (EU) perlu menunaikan kewajipan fasal ke-15 yang ditetapkan dalam protokol berhubung dengan keanggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan menjunjung prinsip WTO dalam penggubalan peraturan baharu mengenai ketidakadilan perdagangan.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika menghadiri sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Angela Merkel pada 1 Jun lalu.

Merkel berkata, beliau dan Li Keqiang telah membincangkan isu berkenaan dengan fasal ke-15 dalam protokol WTO tersebut.

Beliau menyetujui pendirian Li Keqiang dan berpendapat, EU harus menunaikan kewajian protokol tersebut, di samping mencari penyelesaian yang selari dengan peraturan WTO, sama rata dan tanpa diskriminasi terhadap pelbagai negara di dunia, termasuk China.

Jerman turut berharap agar rundingan berhubung dengan perjanjian pelaburan bilateral antara EU dengan China dapat mencapai kemajuan yang memberangsangkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China