Cari:
Rusia Tidak akan Berdiam Diri Isu Penempatan THAAD di Korea Selatan
2017-06-02 14:57:44 CRI Cetak

Presiden Rusia, Viladimir Putin menyatakan bahawa Rusia tidak akan berdiam diri atas tindakan Amerika Syarikat (AS) menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.

Ketika ditemui petugas kanan daripada 10 agensi berita utama dunia yang menyertai Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-21 semalam, Putin menyatakan bahawa tindakan AS menempatkan THAAD di Eropah dan kawasan Timur Jauh akan mencetuskan perlawanan senjata.

Rusia tidak akan membiarkan perkara tersebut begitu sahaja, termasuk tindakan AS menempatkan THAAD di Korea Selatan.

Putin berkata, sekiranya Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menghentikan semua ujian nuklear dan pelan pembangunan peluru berpandu, AS tetap akan membangunkan sistem itu atau seperti yang dilakukan di Eropah sekarang, tanpa sebarang alasan.

Maka, Rusia harus mempertimbangkan keadaan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China