Cari:
Li Keqiang Hadir Menyuarat Pemimpin China-EU Ke-19
2017-06-03 13:43:52 CRI Cetak

Perdana Menteri China Li Keqiang bersama-sama Pengerusi Majlis Eropah Donald Tusk‎ dan Pengerusi Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU) Jean-Claude Juncker mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin China-Eropah Ke-19 di Ibu Pejabat Majlis Eropah, Brussels pagi semalam.

Li Keqiang menyatkaan, China mementingkan hubungan dengan Eropah, menyokong integrasi yang dipilih oleh negara-negara EU, dan amat gembira melihat satu Eropah yang bersatu, stabil, terbuka lagi makmur. Pada masa ini, unsur ketidakstabilan dan ketidaktentuan semakin menambah dalam situasi antarabangsa. Beliau berharap mesyuarat kali ini dapat terus mengawal dan memperkukuh hubungan China-Eropah dan berharap kerjasama China-Eropah yang stabil dapat mengatasi unsur ketidakstabilan dalam situasi antarabangsa.

Li Keqiang menegaskan, fasal ke-15 "Protokol Keanggotaan China dalam WTO" yang dilihat sebagai kewajiban antarabangsa dan juga penghormatan terhadap peraturan serta tata tertib antarabangsa, patut dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Perselisihan perdagangan antara kedua-dua pihak patut diselesaikan melalui saluran bilateral atau multilateral.

Donald Tusk‎ dan Jean-Claude Juncker menyatakan, memelihara sistem antarabangsa yang sedia ada bersesuaian dengan kepentingan bersama China, Eropah dan sedunia, dan pemeliharaan terhadap sistem perdagangan antarabangsa tidak boleh dilaksanakan secara memilih-milih.

Eropah dan China berkejasama baik dalam menangani isu-isu Agenda Pembangunan Berterusan 2030, perubahan iklim dan nuklear Iran. Kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang perdagangan bebas, perubahan iklim dan keselamatan terus ditingkatkan. Ini bermanfaat bagi memelihara kestabilan dan kedamaian dunia serta menggalakkan kemakmuran dan pembangunan. Pihak Eropah sangat mementingkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China, menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), bersedia terus meningkatkan kerjasama dalam bidang kesalinghubungan dan terus meningkatkan pelaburan.

Selepas mesyuarat berkenaan, pemimpin kedua-dua pihak telah menyaksikan pemeteraian lebih 10 dokumen kerjasama dalam bidang pelaburan, hak harta, kastam dan kerjasama sains dan teknologi, serta merasmikan logo "Tahun Biru China-Eropah" dan "Tahun Pelancongan China-Eropah".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China