Cari:
Dialog Shangri-La ke-16 di Singapura
2017-06-03 14:04:44 CRI Cetak

Dialog Shangri-La (SLD) ke-16 telah dirasmikan di Singapura semalam.

Naib Presiden Akademi Sains Ketenteraan Tentera Pembebasan Rakyat China, He Lei telah mengetuai delegasi menghadiri sidang itu. Delegasi China akan bersama-sama dengan wakil-wakil dari pelbagai negara membincangkan topik mengenai ancaman nuklear yang dihadapi rantau Asia-Pasifik, model baharu kerjasama keselamatan, penggunaan teknologi baharu dalam bidang pertahanan dan langkah-langkah bagi mengelakkan konflik maritim daripada berlaku.

SLD ke-16 diadakan di Singapura pada 2 hingga 4 bulan ini, para hadirin termasuk seramai 22 wakil peringkat menteri, pemimpin pihak tentera daripada 12 buah negara dan pegawai kanan tentera dan sarjana dari 39 buah negara. Dalam tempoh sidang itu, mereka akan membincangkan isu-isu yang melibatkan kerjasama keselamatan Asia-Pasifik dan masalah-masalah kawasan yang menjadi tumpuan bersama, di samping mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China