Cari:
UNSC Luluskan Resolusi Lagi tentang DPRK
2017-06-03 14:19:21 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) semalam dengan sebulat suara meluluskan satu resolusi lagi yang mengutuk tindakan pelancaran peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), dan memasukkan lebih banyak individu dan entiti negara itu dalam senarai sekatan.

Resolusi itu berbunyi, UNSC mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan DPRK yang menjalankan ujian senjata nukear dan peluru berpandu balistik, menegaskan sekali lagi DPRK semestinya melepaskan semua program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik yang sedang dijalankan serta menghentikan segera semua aktiviti berkenaan, dan tidak menjalankan lagi ujian pelancaran dan ujian nuklear dengan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.

Menurut resolusi itu, terdapat 14 warga DPRK dan empat entiti dikenakan larangan melancong dan pembekuan aset.

Dalam resolusi itu, UNSC menegaskan lagi peri penting memelihara kedamaian dan kestaiblan Semenanjung Korea dan kawasan Asia Timur Laut, komited mencari penyelesaian politik secara damai dan berharap anggota UNSC dan negara lain membantu menyelesaikan masalah itu melalui dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China