Cari:
'Dua Peningkatan Usaha' bagi Selesaikan Isu Semenanjung Korea
2017-06-03 14:30:21 CRI Cetak

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Liu Jieyi berkata semalam, China menyeru pelbagai pihak melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) secara lengkap dan menyeluruh, dan melalui 'dua peningkatan usaha', iaitu meningkatkan usaha dalam mengawal senjata nuklear dan menggalakkan rundingan damai bagi mendorong penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea secara damai.

Selepas resolusi UNSC mengenai DPRK diluluskan semalam, Liu Jieyi berkata, China menentang tindakan pelancaran DPRK berkenaan kerana ia telah melanggar resolusi UNSC. Resolusi yang diluluskan lagi oleh UNSC semalam menunjukkan pendirian yang sama masyarakat antarabangsa yang menentang program senjata nuklear dan peluru berpandu DPRK.

Liu Jieyi menambah, China yang berjiran dengan Semenanjung Korea, sentiasa mengekalkan prinsip Semenanjung Korea bebas daripada nuklear, sama sekali tidak berganjak dari memelihara kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea, menyelesaikan isu berkenaan melalui rundingan serta dialog, dan menentang peperangan yang mungkin berlaku di sana.

Menurut situasi Semenanjung Korea pada masa kini, China mengeluarkan cara penyelesaian 'dwi-trek', iaitu usaha menggalakkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear dijalankan serentak dengan membina mekanisme damai Semenanjung Korea. Di samping itu, DPRK diharap menghentikan aktiviti mengenai program senjata nulear dan peluru berpandu, sedangkan Amerika Syarikat dan Korea Selatan juga menghentikan latihan ketenteraan.

China berharap pihak-pihak terlibat mempertimbangkan cadangan China tersebut dan memberikan respons yang bersifat membina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China