Cari:
Serangan Keganasan Berlaku di London
2017-06-04 14:37:33 CRI Cetak

Pihak polis Britain semalam memaklumkan bahawa pihaknya sedang menangani tiga kes keselamatan yang masing-masing berlaku di Jambatan London, sebuah pasar yang dekat dengan Jambatan London serta kawasan Vauxhall. Serangan di Jambatan London dan pasar sekitarnya telah dikesan sebagai serangan keganasan. Pihak polis sedang mencari tiga orang suspek dan berharap penduduk London mengekalkan ketenangan dan kewaspadaan.

Media tempatan melaporkan, sebuah lori menyerbu laluan pejalan kaki dan turut melanggar mereka yang berjalan di Jambatan London dengan kelajuan kira-kira 80 kilometer sejam pada malam semalam. Kes kecederaan akibat serangan pisau juga dilaporkan di tempat kejadian tersebut pada masa selanjutnya.

Pilihan raya Britain akan diadakan pada 8 Jun nanti. Perdana Menteri Britain, Theresa Mary May yang sedang dalam kempen pilihan raya di bandar lain segera kembali ke kediaman rasmi dan mengumumkan akan menangani kes-kes tersebut sebagai serangan berpotensi keganasan.

Kedutaan Besar China ke Britain turut mengambil perhatian terhadap perkembangan terkini, dan belum mendapat laporan tentang warga China yang terkorban atau cedera.

Serangan keganasan telah banyak kali berlaku di Britain pada tahun ini, antaranya termasuk dua serangan keganasan yang telah diisytiharkan oleh Daesh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China