Cari:
China, Negara-Negara Terlibat B&R Ingtensifkan Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan
2017-06-04 15:10:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China mahu bekerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R) agar melaksanakan dengan sebaik-baiknya konsensus dan hasil utama yang telah dicapai dan dibuahkan dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang telah diadakan di Beijing sebelum ini, sekali gus menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala melonjak ke tahap baharu.

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang menyatakan demikian dalam ucaptamanya ketika menghadiri Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera 2017 sempena Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur Ekonomi Jalan Sutera yang telah diadakan di Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi pada 3 Mei lalu.

Tegas beliau, China dengan negara-negara berkenaan akan memperluas keterbukaan pasaran masing-masing, dan mengintensifkan kerjasama dalam perkhidmatan kastam serta pemantauan kualiti, pemeriksaan dan kuarantin.

Di samping itu, pelaksanaan projek pembinaan 'Jalan Sutera Siber" akan digalakkan, selain prosedur untuk warga China menguruskan visa ke negara-negara terlibat B&R juga akan dipermudah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China