Seiring dengan cuaca semakin panas dan hujan turut bertambah, bahayanya nyamuk Aedes membawa virus demam denggi di negara-negara Asia Tenggara pun memasuki tempoh puncak. Sehubungan itu, Biro Pemeriksaan dan Kuarantin Shenzhen China menasihati para pelancong yang merancang ke kawasan tersebut meningkatkan kesedaran untuk mencegah penyakit jenis itu.
Pegawai jabatan tersebut menyatakan bahawa langkah mencegah penyakit demam denggi adalah mengelakkan diri daripada digigi oleh nyamuk. Maka, perlu menyapu ubat tolak nyamuk di kulit tanpa kira di dalam atau luar rumah, dan sebaiknya memakai baju dan seluar yang berwarna muda. Selepas kembali ke tanah air, mereka yang dikesan mengena demam, dan kulit di muka, leher dan dada menjadi merah perlu melaporkan keadaan berkenaan kepada jabatan pemeriksaan serta kuarantin dan menerima rawatan di hospital.