Cari:
Enam Orang Maut dalam Kejadian Serangan Pengganas di London
2017-06-04 15:06:41 CRI Cetak

Pihak Polis London memaklumkan pagi tadi waktu tempatan, dua kejadian serangan pengganas yang berlaku di London telah mengakibatkan enam orang maut, dan tiga penyerang telah ditembak mati oleh polis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis, seorang polis cedera parah ketika menangani kes itu. Menurut laporan media Britain, sekurang-kurangnya 20 orang yang cedera telah dihantar ke hospital untuk dirawat, tetapi berita itu masih belum dibuktikan oleh pihak polis.

Sebuah gambar yang diumumkan media Britain menunjukkan bahawa seorang suspek terbaring di atas jalan selepas ditembak mati, dengan suatu benda yang kelihatan seperti bom terikat pada pinggangnya.

Pada malam semalam, tiga kejadian berlaku berturut-turut di tiga tempat di London. Pihak polis Britain telah mengenalpasti dua kejadian adalah serangan keganasan, manakala kes kecederaan dengan pisau di Vauxhall tidak berkaitan dengan kedua-dua serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China