Cari:
Britain Tahan 12 Suspek Serangan Keganasan
2017-06-05 11:32:37 CRI Cetak

Pihak polis Britain mengesahkan 12 suspek yang disyaki terlibat dalam serangan keganasan di London telah ditahan semalam.

Polis akan meneruskan operasi pencarian dan penyiasatan.

Perdana Menteri Britain, Theresa May ketika menyampaikan ucapan melalui televisyen berkata, serangan keganasan yang berlaku di negara itu baru-baru ini menunjukkan bahawa Britain terlalu bertoleransi terhadap ekstremisme.

Kegansan kini sedang berkembang ke trend yang baharu. Britain perlu bertindak lebih tegas untuk membanteras keganasan.

Tegas beliau, pilihan raya Parlimen akan diadakan menurut jadual pada 8 Jun ini.

Dalam perkembanga yang berkaitan, kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) semalam mengaku bertanggungjawab atas serangan keganasan yang mengakibatkan tujuh orang terkorban di London Sabtu lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China