Cari:
Kelompok Hutan Bandar di Delta Sungai Mutiara Bakal Dibina
2017-06-05 15:38:25 CRI Cetak
Rancangan untuk membina kelompok hutan bandar yang pertama di China, iaitu Rancangan Pembinaan Hutan Bandar Negara Kawasan Delta Sungai Mutiara telah diluluskan oleh pihak berkuasa provinsi Guangdong, China dan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Demikian kenyataan Jabatan Perhutanan Provinsi Guangdong semalam.
Menurut rancangan tersebut, pihak berkuasa provinsi Guangdong akan berusaha gigih untuk memastikan sembilan hutan bandar di kawasan Delta Sungai Mutiara mencapai standard hutan bandar negara menjelang tahun 2018, menyelesaikan pembinaan kelompok hutan bandar di kawasan tersebut menjelang tahun 2020, membangunkan ekosistem hutan dan saliran mesra alam di kawasan berkenaan menjelang tahun 2025.
Di samping itu, Guangdong akan melaksana 10 projek utama yang lain, antaranya termasuklah projek meningkatkan kualiti hutan, projek pengawalan hutan, projek pembinaan pusat pendidikan alam dekitar, dan projek pembinaan hutan bandar pintar.
Untuk menggalakkan pembinaan hutan di kawasan luar bandar, sebanyak 200 hutan dalam pekan akan dibina di seluruh provinsi Guangdong, sebagai salah satu usaha penting dalam Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Lima Tahun ke-13.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China